ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SEJAHTERA...
SALAM 1MALAYSIA...
Tanggal 19Ramadhan...belajar secara tak sengaja-baca novel-dapat ilmu baru. Mungkin bagi sesetengah atau segelintir mereka-mereka yang di luar sana, ia adalah ilmu yang telah setia melekat di dalam minda tapi bagi diri ini ia adalah baru-kerna sesungguhnya ilmu agama aku sangat lah cetek-huhuhuhuhuhuhuhuhuu......=(
dah tahu tak cukup ilmu maka sekarang tengah mencari-cari bahan-bahan bacaan agama yang tidak membosan-yang kreatif, cara penceritaan yang menarik la ghitu...
so sapa-sapa yang nak suggest kan something yang menarik dipersilakan lah sesangat-sangat ek..
" SEBAIK-BAIK WANITA ITU
ADALAH SEORANG YANG TIDAK MEMANDANG
DAN
TIDAK DI PANDANG "
Itulah ilmu yang baru aku dapat..hehehe
Sebenarnya ia adalah pesan tinggalan Saiyiditina Aisyah
Aku dan roomate ku berbincang mengenai topik ini apabila aku cuba menyebarkan ia-ilmu baru.
Menurut nya adalah sangat susah atau sememangnya sudah tidak wujud lagi wanita begini. Zaman serba moden, serba canggih-wanita turut berlumba untuk seiringan lelaki. Menuntut ilmu ke mana sahaja malah ke benua Eropah-dunia penjajah, benua asia-China, benua afrika malah ia tidak terhenti di situ kerana ilmu di cari hingga ke liang lahat(pesan Baginda Rasullullah). Maka wanita apa dan bagaimana yang tidak memandang dan tidak di pandang.
Menurut kata hati ku, wanita yang tidak memandang-adalah membawa pengertian bahawa seorang wanita yang menjaga pandangan dari perkara-perkara yang boleh mencemari hatinya yang sekeping itu. Tidak memandang perkara-perkara maksiat-tidak memandang dengan pandangan penghinaan terhadap orang lain+tidak menjadi seorang yang bermata keranjang(macam aku...hehehehe)
Akan tetapi kami bersetuju mengenai suatu perkara, iaitu adalah sangat mustahil untuk menjadi seorang wanita yang tidak di pandang.
Menjadi seorang wanita yang alim-alim(tudung labuh clan) sahaja sudah menjadi perhatian....
Menjadi seorang wanita yang biasa(bertudung bawal,berbaju kurung ke kelas) turut menjadi perhatian....
Menjadi seorang wanita mat salih celup(melayu+islam akan tetapi tidak bertudung, mewarna rambut serta berpakaian yang tidak cocok untuk kita yang berbudaya timur ini) turut menjadi menjadi PERHATIAN....
maka hanya dengan izin TUHAN sahaja seorang wanita yang baik itu bisa tidak memandang dan tidak di pandang...kunfayakun...
wassalam
No comments:
Post a Comment