it is a story that i wrote went i have a lot of time to kill back in 2005, i guest-i also forget already..huhu..dah tua
post cter tu kat cini coz pc diserang bermacam virus+malware+trojan host+saudara sepusat benda-benda ni lah. so tak ia 'memakan' sume benda yang ada kat local disk tu, so sent le kat sini-moga ada kenangan.
cter dia besa-besa aje...but i juz want to enjoy of writing+shouting.so hoping that reader
ANDAI ADA JODOH
Kasihan kau Abang Borhan!!!
Aku sahaja yang kurang bijak menilai dan agak terburu nafsu. Janganlah kerana kesilapan (yang aku sendiri tak dapat maafkan) ini, kau pula terpaksa menerima hukumannya, terpaksa menjauhkan diri dan lari daripadaku.
Abang, kau mesti datang!!!
Aku pasti kecewa tanpa kehadiranmu. Cukuplah sekali aku kecewa kerana aku tersalah mengatur haluan hidupku. Jangan pula kau biarkan aku terus diamuk rasa kecewa kerana ketidakhadiranmu!!
Aku sahaja yang kurang bijak menilai dan agak terburu nafsu. Janganlah kerana kesilapan (yang aku sendiri tak dapat maafkan) ini, kau pula terpaksa menerima hukumannya, terpaksa menjauhkan diri dan lari daripadaku.
Abang, kau mesti datang!!!
Aku pasti kecewa tanpa kehadiranmu. Cukuplah sekali aku kecewa kerana aku tersalah mengatur haluan hidupku. Jangan pula kau biarkan aku terus diamuk rasa kecewa kerana ketidakhadiranmu!!
Abang, sesungguhnya aku amat menyesal dengan keputusan yang telah kuambil. Aku keliru dengan perasaan ku ketika itu. Kini, barulah aku sedar perasaan sebenarku terhadapmu..
Abang, kini aku sedar sebenarnya selama ini aku bukan hanya mengasihi kau sebagai seorang saudara dan sahabat sebaliknya perasaanku lebih daripada itu. Aku menyintaimu, Abang Borhan. Aku menyesal kerana telah melukakan hatimu. Kau terlalu terburu-buru. Mengapa tidak kau biar aku terus berfikir? Mengapa kau terus pergi meninggalkan aku yang masih keliru? Kerana kecewa kau pergi begitu sahaja..
Penaku terhenti seketika. Otakku semakin gelisah memikirkan surat yang baru kutulis. Bagaimana akan kuserahkan surat ini kepada Abang Borhan? Aku tak tahu dimana Abang Borhan berada sekarang. Aku tak pasti alamat terbarunya. Dia juga sudah lama tak datang ke rumah mencariku. Agaknya dia sudah buang namaku jauh-jauh dari kantung hatinya?
Agaknyalah!!!
Tak mengapalah, memang patut aku di perlakukan sedemikian!!
Yang aku tahu Abang Borhan kini berada di luar Negara. Itu pun melalui ibu. Setiap dua bulan Abang Borhan akan menelefon ibu bertanya khabar sewaktu ketiadaanku. Agaknya sengaja Abang Borhan mengelak daripada mendengar suaraku. Aku langsung tak berpeluang berbicara dengan Abang Borhan. Berkali-kali aku pesan pada ibu supaya mengambil alamat dan talian Abang Borhan agar mudah untuk aku hubungi. Malangnya ibu gagal memujuk hati Abang Borhan. Abang Borhan tetap berkeras hati tidak mahu diketahui di mana dia berada. Apa yang mampu aku buat hanyalah berkirim salam kepada abang Borhan melalui ibu. Tipulah kalau aku kata aku tak berkecil hati dengan tindakan abang Borhan. Sanggup Abang Borhan mengenepikan terus namaku dalam hidupnya. Aku bagaikan tidak wujud di dunia ini. Dia bukan sahaja tidak mahu mendengar suaraku, bertanya khabar tentang diriku pun tidak pernah. Sedih rasa hatiku!! Agaknya inilah kesedihan yang Abang Borhan rasa sewaktu aku menolak cintanya dulu. Padan muka aku!!! Inilah harganya di atas kebodohan yang perlu kubayar setelah aku mengecewakan Abang Borhan.
Hhmmm….sia-sia saja nampaknya usahaku untuk berbaik-baik semula dengan Abang Borhan. Abang Borhan, sudah lama aku ingin membetulkan perasaanku terhadap Abang Borhan. Malangnya Abang Borhan terus menyepi. Kalaulah Abang Borhan tidak menjauhkan diri daripadaku, sudah pasti keadaan berubah. Akan kuluahkan rasa cinta yang semakin bercambah terhadap Abang Borhan. Akan kuterima dia bertakhta di lubuk hatiku. Akan aku jadikan dia raja di hatiku, dan aku…aku ingin menjadi ratu di hatinya dan insan paling bahagia berada di sisinya. Tapi bagaimana? Semuanya sudah terlambat!! Aduh…fikiranku semakin kacau.
Ah..lupakan sahaja semua itu. Aku harus kembali ke panggal jalan. Aku kini bakal menjadi isteri orang. Sudah, jangan fikirkan lagi tentang Abang Borhan. Fikirkan tentang bakal suami yang belum pernah kulihat selama ini. Fikirkan tentang alam rumah tangga yang bakal aku lalui. Itu lebih baik.
“Aahhhh!!!!”
Kuat pula jeritan tak sengajaku. Aku sendiri pun terkejut!! Helaian kertas yang masih baru dihiasi dakwat hitam itun kukoyakkan. Aku batalkan hasrat ku untuk terus menulis. Untuk apa aku terus menulis andai segala yang aku lakukan sia-sia belaka? Lebah baik aku fikirkan perkara yang lebih penting daripada mengenangkan harapanku yang masih belum pasti.
Aku dan Norhan bagai isi dan kuku tidak boleh dipisahkan lagi. Tapi kini, segalanya telah lebur. Cintaku untuk insan bernama lelaki juga telah lama berkubur. Aku sendiri tidak pasti dengan tingkahlaku diriku sendiri. Ramai lelaki yang memberi harapan kepadaku tetapi tidak pernah aku pedulikan.
Aahh… aku tidak berminat untuk bermain cinta. Kasihan abang, kerana aku dia membawa dirinya jauh. Aku menyesal dengan tindakanku. Tapi, ketika itu aku masih terlalu muda untuk menilai intan dan kaca. Kini, aku wanita yang lebih matang dan mampu berfikir secara rasional untuk kebahagian diriku sendiri. Abang…kalaulah kau… kenangan itu kembali menjelma ruang ingatanku.
“Abang jangan menaruh harapan pada Meen. Pintu hati Meen tak pernah terbuka untuk Abang. Bukan Meen tidak sudi, bukan Meen benci abang. Abang seorang lelaki yang sempurna, kacak, berpendidikan, berjawatan, malah berbudi bahasa. Meen sedar itu. Meen akui segala-galanya. Tapi mengertilah abang, Meen tidak boleh menerima abang. Meen anggap abang dah seperti darah daging meen. Abang kesayangan Meen. Meen sayang Abang bagai abang kandung Meen sendiri! Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tak mungkin perasaan Meen akan lebih daripada itu.”
“Abang…”
suasana sepi seketika. Air muka Abang semakin keruh. Sengaja Abang palingkan mukanya daripada wajahku. Aku tahu ada tikanya Abang mencuri pandang wajah serba salahku ini. Mungkin dia kecewa dan malu mendengar jawapanku. Aku faham kesedihanmu Abang. Akulah orang yang paling memahami dirimu. Tapi aku bingung mengapa selama ini aku tidak memahami yang kau punya rasa cinta untukku. Aku juga rasa kecewa dan malu untuk melafazkan keputusan yang telah aku buat. Aku dapat merasakan kepiluan hatinya di saat ini. Aku membesar bersama-samanya, suka-duka, hilai tawa, onak duri yang kutempuhi bersamanya menjadikan aku cukup kenal dengan kelembutan hati nuraninya. Tapi Abang, kepiluanku ini tidak dapat nak kuluahkan kepada mu. Cukuplah rasa simpati ini kusimpan kemas di dalam sanubariku. Sedarlah Abang, biar sekuat mana kasih sayangku terhadapmu, aku masih tidak mamapu untuk mencintaimu.
“Maafkan Meen Abang. Meen tak dapat menerima insan yang tak pernah Meen cintai. Sudah takdir Tuhan Meen dilahirkan bukan untuk menjadi hak milik Abang. Maafkan Meen andai kasih saying yang Meen baja belum cukup untuk membuahkan rasa cinta. Maafkan Meen andai cinta yang Abang hulurkan Meen ganti dengan kasih saying. Kasih saying seorang adik kepada abangnya. Kasih saying seorang sahabat kepada sahabatnya. Meen rasa itu lebih mulia. Lebih suci. Lebih abadi”,
bersungguh-sungguh aku menyusun kata agar hatinya tidak terluka.
Borhan membonggokkan badannya. Kedua-dua tangan menongkat wajah sementara siku memaku pahanya yang panjang. Wajahnya ditundukkan ke bumi sehinggakan aku tidak dapat melihat keruh di wajahnya. Kakinya menguis-nguis butiran pasir. Sandalnya yang tadi tersarung kemas di kakinya kini berada agak dalam di bawah bangku bamboo yang kami duduk. Aku semakin kaku. Abang Borhan terus membisu, suasana semakin lesu. Abang Borhan masih membatukan diri. Hanya suara angina dan kicauan burung memberi irama pada petang itu. Aku juga sudah tidak mampu untuk bersuara. Mungkin berdiam diri lebih baik daripada bersuara kerana situasi yangsedang kuhadapi ini melibatkan hati dan perasaan. Maruah dan harga diri.
Borhan membonggokkan badannya. Kedua-dua tangan menongkat wajah sementara siku memaku pahanya yang panjang. Wajahnya ditundukkan ke bumi sehinggakan aku tidak dapat melihat keruh di wajahnya. Kakinya menguis-nguis butiran pasir. Sandalnya yang tadi tersarung kemas di kakinya kini berada agak dalam di bawah bangku bamboo yang kami duduk. Aku semakin kaku. Abang Borhan terus membisu, suasana semakin lesu. Abang Borhan masih membatukan diri. Hanya suara angina dan kicauan burung memberi irama pada petang itu. Aku juga sudah tidak mampu untuk bersuara. Mungkin berdiam diri lebih baik daripada bersuara kerana situasi yangsedang kuhadapi ini melibatkan hati dan perasaan. Maruah dan harga diri.
Aku masih ingat kenangan bersama Abang Borhan. Pasti ada sahaja bahan lucu yang bias membuatkan aku hilang pertimbangan. Ketawa berdekah-dekah hinggakan ibu memarahiku kerana hilai tawaku itu. Tapi pada petang ini keadaan telah berubah sama sekali. Sebenarnya sudah seminggu perubahan ini aku rasakan. Sejak Abang Borhan menyatakan hasrat hatinya padaku. Aku sungguh terkejut dengan pengakuan ikhlasnya. Abang memberikan aku tempoh untuk aku memikirkan perkara ini dan akan berjanji menghormati segala keputusan yang aku buat. Dia berjanji tidak akan berubah walau apa sekalipun keputusan yang bakal aku buat. Dan kini aku dapat melihat dendan jelas apa yang dijanjikan tidak dilakanakan sepenuhnya. Keadaan sudah berubah dan aku benci akan perubahan ini. Aku ingin menikmati detik-detik kemesraan antara aku dan Abang Borhan yang aku anggap bagai abang kandungku sendiri. Tapi bilakah detik itu akan kembali? Aku sendiri tidak pasti. Suasana masih kaku aku mesti melakukan sesuatu, getus hatiku.
“Abang Borhan…”,
lidahku seakan kelu untuk meneruskan kata-kata yang kususun sejak tadi. Bibirku seakan-akan terkunci rapat. Aku harus berkata sesuatu. Aku tidak peduli. Akan aku jernihkan kembali suasana petang ini. Aku ingin Abang faham dengan keputusan yang aku buat.
“Abang..”
Abang Borhan mengangkat wajah. Matanya memandang tajan ke anak mataku. Aku jadi tidak menentu. Abang Borhan tetap membatukan diri. Ku lihat titisan jernih makin tak terbendung oleh kelopak matanya. Hatiku diserang rasa sayu dengan tiba-tiba.
“Maafkan Meen Abang. Meen tak bermaksud hendak melukan hati Abang. Meen tidak mahu hati Abang terus terbakar. Meen terseksa melihat Abang terus begini. Meen harap Abang menghormati keputusan Meen.”
Abang Borhan mengetap bibir. Perlahan-lahan dia menundukkan kembali wajah sayunya. Aku mengalih pandangan ke kiri. Tidak sanggup aku melihat Abang yang aku sayangi itu terperangkap dengan perasaan kecewanya. Sesekali aku membetulkan tudung yang terlilit rapi menghiasi wajahku. Aku tidak berdaya melihat wajah sayu Abang Borhan.
“Meen…..”
“Jasmeen……”,
suara Abang Borhan tersekat-sekat. Aku memandang ke arahnya, sedang dia masih membisu dan menundukkan wajahnya. Muram. Aku dapatmeneka perasaannya ketika ini. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Mungkin dia gugup untuk memulakan bicara.
“Aku….Aku….Ahhhghh…”
“Maafkan Abang kerana terlalu mengharapkan Meen selama ini. Maaf kerana mengganggu ketenteraman hidup Meen dank keluarga. Maafkan Abang Meen”.
“Abang… Bukan itu maksud Meen”.
Aku cuba untuk membetulkan salah faham Abang Borhan terhadapku.
“Meen… Ketahuilah Meen, semua ini Abang lakukan untuk Meen. Abang amat cintakan Meen. Sejak Abang di bawa kesini lagi. Abang tak pernah menganggap meen sebagai adik. Abang cintakan Meen. Dah lama Abang semadikan cinta ini di lubuk hati. Tapi hari ini cinta abang tak berbalas. Tak mengapalah Meen”.
Sayu suara Abang disekat-sekat sebak di dadanya.
“Meen… Abang tak pernah mencintai gadis lain selain daripada Meen. Percayalah Meen. Abang akan tetap menyimpan cinta ini bersama Abang. Abang tak kan mengalah Meen”.
Borhan bingkas bangun melangkah longlai masuk ke dalam perut rumah mereka.
Aku menghantar abang dengan ekor mataku. Tak berdaya untukku mengatur langkah masuk kedalam rumah walau hari merangkak senja. Aku terus termanggu di situ beberapa lama sehinggalah fajar menyingsing. Aku beredar perlahan-lahan. Ibu yang memerhatikan aku dari jauh tampak kehairanan dan hanya mampu mengerutkan wajah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Abang, sampai hati Abang buat meen begini!!!
Meen rindukan kemesraan Abang. Meen ingin lewati hari-hari manis bersama Abang. Kenapa Abang pergi tanpa pesanan? Bencikah Abang pada Meen???
Hatiku berbisik sendirian. Aku keruan.
Aku menghantar abang dengan ekor mataku. Tak berdaya untukku mengatur langkah masuk kedalam rumah walau hari merangkak senja. Aku terus termanggu di situ beberapa lama sehinggalah fajar menyingsing. Aku beredar perlahan-lahan. Ibu yang memerhatikan aku dari jauh tampak kehairanan dan hanya mampu mengerutkan wajah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Abang, sampai hati Abang buat meen begini!!!
Meen rindukan kemesraan Abang. Meen ingin lewati hari-hari manis bersama Abang. Kenapa Abang pergi tanpa pesanan? Bencikah Abang pada Meen???
Hatiku berbisik sendirian. Aku keruan.
Sakit jiwaku mendengar perbualan ibu dengan Abang Borhan. Sedikitpun tak pernah dia berbual dengan aku. Sudahlah pemergiannya tak diberitahu. Semua orang terkejut. Ibu pun tak diberitahunya. Setelah lapan bulan Abang di London, barulah dia menelefon ibu bertanya khabar. Mulanya ibu menyumpah-nyumpah Abang Borhan kerana tindakannya itu. Aku hanya berdiam diri. Aku tahu Abang Borhan merajuk denganku, lalu membawa dirinya ke London dengan alasan menyambung pelajarannya. Tapi kini ibu sudah dapat menerima kenyataan bahawa anak lelaki tunggal kesanyangannya itu tidak bermaksud untuk menyakiti hatinya. Tapi ibu masih tidak tahu pemergian Abang Borhan berkaitnya dengan aku. Kututup rapi rahsia ini. Begitu juga Abang Borhan. Pada hematku, ibu tidak terperasan akan kerengganan aku dengan Abang Borhan sehingga kini. Atau mungkin dia anggap kami sudah dewasa, tidak seperti dahulu, segala-galanya perlu dilakukan bersama.
Abang Borhan, tahukah engkau Abang…. Aku di sini tidak lagi berdua. Aku sentiasa bersendirian jika tidak ditemani Julia. Abang …. Kasihan Meen Abang, kini Julia telah berumahtangga. Dia sudah tidak punya banyak masa untuk menemaniku. Aku sahaja yang masih membujang. Umur dah menjangkau 28 tahun, tapi tiada teruna yang berkenan di hatiku. Biarlah… biar Mak Uteh mengata aku anak dara tua. Biar Kak Semah, jiran sebelah membanding-bandingkan aku dengan anaknya yang sudah beranak dua. Biarlah, aku tak kisah. Yang penting aku tahu siapa diriku, aku tahi bagaimana lelaki pilihanku. Biarlah ia datang dengan sendiri.
“Meen...”
suara ibu mematikan lamunan panjangku.
“Ya bu..”.
aku menyahut lemah.
“Abang Borhan kau kirim salam”.
Ingat juga Abang Borhan kepada aku. Abang... sesungguhnya Meen sangat merindui Abang.
“Apa katanya ibu?”
“Tak ada apa, katanya dia dah ada kekasih. Orang Malaysia juga, Kartini namanya. Kata Borhan dia akan pulang lagi lima bulan dan terus melangsungkan perkahwinan di sini. Beruntung Kartini tu!!! Kata Borhan Kartini tu cantik, manja orangnya. Mak tahu kalau Abang kau tu cakap oarang cantik, memang cantiklah tu orangnya.”
Amboi melangit puji mak pada Abang, anak kesanyangannya tu!! Tapi mengapa jantungku berdebar kencang??
Entah mengapa kata-kata ibu kali ini bagai mencatas koronariku. Mengapa aku harus berperasaan begini? Cintakah aku kepadanya? Rindukah aku padanya? Cemburukah aku? Kadang kala aku merasa kesal dengan sikapku. Bukan tidak wujud rasa cinta untuk Abang ketika itu, tetapi terlalu sedikit. Kini bila aku ditinggalkannya, barulah aku sedar aku tidak mampu untuk hidup tanpanya. Tapi kini aku menjadi malu untuk mengucapkannya. Sebab aku telah melukan hatinya dulu. Tak mungkin aku dapat menarik balik kata-kataku padanya. Abang Borhan juga pasti tidak akan menerimaku lagi. Kulihat ibu bersila kemas di tengah ruang tamu. Baju-baju dari jemuran bertimbun-timbun di hadapannya.
Entah mengapa kata-kata ibu kali ini bagai mencatas koronariku. Mengapa aku harus berperasaan begini? Cintakah aku kepadanya? Rindukah aku padanya? Cemburukah aku? Kadang kala aku merasa kesal dengan sikapku. Bukan tidak wujud rasa cinta untuk Abang ketika itu, tetapi terlalu sedikit. Kini bila aku ditinggalkannya, barulah aku sedar aku tidak mampu untuk hidup tanpanya. Tapi kini aku menjadi malu untuk mengucapkannya. Sebab aku telah melukan hatinya dulu. Tak mungkin aku dapat menarik balik kata-kataku padanya. Abang Borhan juga pasti tidak akan menerimaku lagi. Kulihat ibu bersila kemas di tengah ruang tamu. Baju-baju dari jemuran bertimbun-timbun di hadapannya.
“Ibu suka?”
“Suka..? suka apa?”
“Alah ibu ni, Kartini tulah!! Ibu suka ke?”
“Oh... kartini tu... entahlah Meen. Ibu belum berkenalan dengannya lagi. Tapi, kalau Abang kau tu dah suka, ibu menurut aja. Haa... Meen lepas ni kau pula. Abang kau yang berumur 32 tahun tu pun dah nak kahwin. Kau tu bila lagi? Tunggu bulan jatuh ke riba?”
Kulihat bibir ibu terkumat-kamit sambil tangannya mengirai kain-kain lalu dilipatnya.
“Buat apa tunggu bulan ibu, baik Meen tunggu Putera Charles. Bolah jadi Queen. Puteri Diana pun dah tak ada”. Ada gelak sinis di hujung kataku.
“Hiss... budak ni. Ibu sungguh-sungguh, dia main-main pulak”. Ibu tersenyum.
“Ala ibu ni... asyik cakap pasal kahwin aja. Biarlah Abang Borhan nak kahwin. Apa kene-mengena dengan Meen”.
“Eh.. diakan Abang Meen, bersekolah sama-sama, bermain bersama-sama kalau boleh kahwin pun nak buat bersama-samalah. Tapi apa daya kau tak hendak,”
ada rajuk di hujung nada ibu.
“Meen... kali ini ibu tak peduli. Sesiapa sahaja yang masuk meminang ibu akan terima. Dah tiga pinangan kau tolak Meen. Mengapa? Apa masalah kau? Siapa yang Meen tunggu?” kali ini wajah ibu kulihat serius, bagai pengetua menyoal muridnya. Aku rasa bersalah.
“Tak ada sesipalah bu. Belum sampai seru apa nak buat”.
Sengaja aku mengelak memberikan alasan.
“Meen kau mesti berjanji dengan ibu, kali ini kau takkan membantah lagi?”.
Wajah ibu bertambah serius.
Kalau pilihan ibu tu gemuk dan hitam pun Meen kena terima?”.
Sengaja kau mengubah suasana, biar ceria.
“Meen... takkanlah ibu nak rosakkan masa depan Meen. Meen tak kasihan ibu ke? Ibu pun dah tak lama di dunia ini. Ayah pun dah pergi, entah esok lusa ibu pula. Ibu teringin nak lihat anak gadis tunggal ibu bersanding. Meen, Ib...Ibu.. tak punya anak ramai. Kaulah satu-satunya anak ibu”.
Suara ibu bergetar. Ada sendu, sebakyang menyentak hati nuraniku.
“Alah ibu ni, kan Abang Borhan dah nak kahwin tu”.
Kucuba tenangkan gelidak sayu di dalam jiwa ibu. Wajah ibu semakin keruh. Kekeruhannya amat berlainan, tidak seperti tadi. Apakah aku telah mengguris hatimu ibu?
“Abang Borhan memang anak ibu, tapi tetap tidak sama dengan anak kandung ibu. Memang dia sayangkan ibu seperti ibu kandungnya tapi...”airmata ibu meluncur laju.
“Sudahlah ibu. Maafkan Meen ibu”.
Tangis ibu makin menjadi-jadi. Semakin keras nadanya. Airmata semakin tidak tertahan.
“Ibu... Meen janji ibu. Kali ini Meen takkan hampakan ibu. Meen tak kisah siapa sahaja pilihan ibu. Ibu pilihlah yang terbaik. Meen akan terima. Meen takkan tengok walau sekali siapa bakal suami Meen. Meen serahkan segalanya pada ibu. Meen tahu, pilihan ibulah yang terbaik”.
Pada saat itu, entah mengapa aku punya keberanian untuk berjanji kepada ibu.
“Dulupun ibu yang memilih Abang Borhan untuk dijadikan sebagai anak angkat. Sedangkan Meen mahukan seorang kakak. Ayah pun begitu, nakkan seorang lagi anak gadis. Tapi pilihan ibu sememangnya tepat. Abang Borhan sangat baik dan menyayangi keluarga kita. Ibu, Meen percayakan ibu”. Aku menangis di bahu ibu.
“Ibu, Meen kena bertolak esok. Banyak kerja di pejabat. Kalau ada panggilan dari Abang Borhan, katakan Meen kirim salam rindu padanya. Janganlupa suruh Abang call Meen. Tak pernah dia call Meen. Agaknya dia dah lupakan Meen kan bu?”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Meen... Kau di mana ni Meen? Tak sampai-sampai lagi ni. Esok dah nak kenduri. Apa kau nak malukan ibu Meen?”
“IssHH... ibu ni. Meen dalam perjalanan ni. Meen dah nak masuk Johor Baharu ni. Nanti Meen sampailah”.
“Haa.. bawak kereta tu hati-hati, elok-elok sikit”.
“Ibu... Abang Borhan dah sampai?”
“Abang Borhan? Katanya dai tak dapat balik. Banyak tugasan di sana. Dia ucapkan tahniah pada kau Meen. Katanya, lepas ni bolehlah kau rasa nasi minyaknya pula”.
Suara ibu semakin ceria.
“Sa... sam.. pai hati Abang Borhan ibu. Sikit pun dia tak ingatkan Meen”,
suaraku semakin sebak. Air mataku mengalir lesu. Ibu terdiam.
“Sabarlah Meen. Dia ingatkan kau, Cuma dia tak dapat balik. Apa nak buat”.
“Okeylah ibu. Meen nak drive ni. Nanti kang tak sampai pulak kat umah tu”.
“HISSh.. budak ni. Selisih maklaikat 44 tau. Hati-hati bawak kereta tu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Meen, cepat sediakan baju. Nanti mak andam datang kau belum bersiap”.
“Ye lah”.
Aku melangkah menuju ke almari pakaian yang baru dibeli ibu. Ku ambil baju-baju pengantin yang bakal aku pakai. Aku terbayang wajah ibu sebentar tadi. Ceria kulihat wajahnya. Maklumlah nak terima menantu pertama, pilihan sendiri pula.
Aku pula seolah-olah langsung tidak berperasaan terhadap perkahwinanku ini. Bakal suamiku pun tidak pernah menghubungiku. Perhubungan kami tawar. Aku langsung tidak mengenalinya. Yang aku tahu namanya sahaja. Tak lebih dari itu. Aku pula malas untuk berbasa-basi dengan ibu tentang bakal suamiku. Aku percaya pada pilihan ibu. Baik di mata ibu, baiklah juga di hati ku. Takkanlah ibu nak hancurkan masa depanku. Tak mungkin.
Aku pula seolah-olah langsung tidak berperasaan terhadap perkahwinanku ini. Bakal suamiku pun tidak pernah menghubungiku. Perhubungan kami tawar. Aku langsung tidak mengenalinya. Yang aku tahu namanya sahaja. Tak lebih dari itu. Aku pula malas untuk berbasa-basi dengan ibu tentang bakal suamiku. Aku percaya pada pilihan ibu. Baik di mata ibu, baiklah juga di hati ku. Takkanlah ibu nak hancurkan masa depanku. Tak mungkin.
“Hai Meen, kau tak berbaju lagi? Aku dah sampai ni. Patut kau dah sediakan baju-baju dan semua kelengkapan yang lain. Mak Lijah tak pesan ke dengan Meen ni. Hai... anak dara zaman sekarang...”.
mak Kiah mengeluh sendirian sambil mengeluarkan cucuk sanggul dari beg hitamnya. Mulalah mulut mak kiah, mak andam di kampungku terkumat-kamit berleter sampai ke malam pun bertahan lagi.
“Meen sini kau!”
“Hai Mak Kiah, hari ni Mak Kiah buatlah apa saja pada Meen, Meen tak kisah”.
Nadaku seolah-olah menyindir Mak Kiah.
“Haa.. baguslah kalau macam tu”.
Mak Kiah tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih.
Truut....truut...truut...
“Kejap ye Mak Kiah”.
Mak Kiah mencebik sambil menggelengkan kepalanya.
“Hello!”.
Aku mengukir senyum. Inilah suara yang telah lama aku nantikan. Lima tahun aku menunggu untuk berbicara dengan suara ini. Abang... Abang Borhan. Air mata tidak mampu lagi aku bendung. Biar kulepaskan manik-manik jernih itu sebagai tanda rinduku pada Abang.
“Abang.. sampai hati abang tak datang ke majlis perkahwinan Meen!! Abang masih marahkan Meen?”
“Apa? Abang ada poskan hadiah untuk Meen? Terima Kasih”.
“Terima kasih. Abang bila lagi?”
“Okey...Abang... Meen...Meen rindukan Abang. Meen terlalu rindukan Abang. Kalaulah Abang di sini, bahagia rasa hati Meen. Bye.. sampaikan salam Meen kepada kak Kartini.
“Siapa tu Meen?”
“Abang Borhan”.
“Hai Meen takkan rindu kot?”
“Ish... Mak Kiah ni. Itu Abang Borhan lah”.
“Oo.. Borhan anak angkat ibu engkau tu? Hai... anak nama Borhan, menantu pun Borhan”.
“Kebetulan Mak Kiah”.
Hai Mek Kiah andai kau mengerti perasaanku di kala ini. Andainyaaku dapat kembali ke zaman remajaku, pasti aku tidak akan teragak-agak untuk menerima Abang Borhan. Borhan...sudah takdir Tuhan, aku akan berkahwin dengan lelaki bernama Borhan. Borhan... tapi apa kan dayaku dia bukan Abang Borhan yang aku sayangi.
************************
Bunyi kompang semakin riuh. Semeriah di pagi syawal yang menjelma ini. Aku berubtung kerana di pagi syawal yang hening ini aku akan disatukan dengan suamiku, Borhan. Walaupun aku tidak pernah mengenali siapakah dia namun aku redha kerana pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik untukku. Suasana persekitaran gamat sekali. Aku di dalam bilik bersama sepupuku Julia. Menunggu saat di jemput ke pelamin indah hiasan tangan ibu. Seketika kemudian keriuhan suara itu semakin menghampiri bilikku. Suara-suara riuh semakin reda. Batang-batang tubuh manusia yang semakin hampir menambah gementar di dadaku. Aku tertunduk. Takut untuk aku melihat wajah suamiku.
“Assalamualaikum...”
Aku kenal suara ini. Aku rindukan suara ini. Aku juga cintakan pemilik suara ini. Tersilapkah aku? Suara ini kini berada di London, tak sudi melihat aku bersanding di atas takhta dengan jejaka lain. Ku angkat wajahku.
Ya ALLAH!!!
Tuhanku, apakah ini suatu mimpi? Apakah ibu mempermainkan aku?
Ya ALLAH!!!
Tuhanku, apakah ini suatu mimpi? Apakah ibu mempermainkan aku?
“Abang...”
itulah jeritan kecil yang terpacul dari bibirku. Mahu sahaja aku memeluknya ketika itu.
“Waalaikum mussalam”.
Air mata membasahi pipiku yang bertapuk ‘foundatiom’. Ku sambut huluran salam Abang Borhan.
“Abang..”
ku cium tangannya.
“Selamat Hari Raya isteriku...”
ku lihat ibu tersenyum. Kini aku faham. Ada rancangan sulit antara ibu dengan Abang Borhan. Namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengannya. Alhamdulillah!!! Benarlah kata pepatah andai ada jodoh, takkan lari gunung di kejar.
No comments:
Post a Comment