hari itu seperti hari-hari lain
biasa sahaja
yang lain sikit, mungkin cuma aku
keluar tepat pada jam 5 suku dari pejabat
hahahha.....konon mungkin aku boleh lagi melihat matahari
pada hari ini...(angan dalam hati)
di sebabkan henfdak keluar dari pejabat serta
mahu menaiki bas trip pertama
maka aku tahan kan sahaja rasa
hendak terkucil ini.
aku fikir mungkin sempat saja kalau singgah sebentar di stesen lrt,
kl sentral atau mungkin sahaja terus di rumah.
ada hikmah rupa nya rasa hendak terkucil ku pada hari itu.
di sebabkan oleh kerana aku rasa yang dah tertahan,
aku terus sahaja melangkah ke toilet di kl sentral.
dalam langkah aku percepatkan, aku terpempan sebentar
berhadapan dengan dia.
aku semacam kenal wajah itu
tapi tidak aku ingat siapa kah dia
di mana aku pernah ketemu cowok itu.
siapa nama nya.
apa kerja nya.
aku lupa.....
kami berselisih...
dia melangkah terus tanpa berpaling
dan aku masih memikir-mikir....
suspen nih. siapakah jejaka itu?
ReplyDelete