Sunday, October 17, 2010

...:::sentuhan:::...




"~~~menulislah menggunakan hati dan jiwa agar tulisan itu bisa masuk kejiwamu sendiri~~~and that is d'reason why my blog doesn't updated, everything goes to 'draft' only…"

Itu lah salah satu ‘status’ yang pernah pernah terpampang di dinding muka buku milik ku. Kesian nya pada ‘picolo mondo’ kerana tak di up-date. Terlalu banyak yang terjadi dalam liku kehidupan ini.  Terlalu banyak dan banyak lagi yang bakal terjadi di masa hadapan.
Bukan aku tak rindu untuk meluah kata disini akan tetapi kekangan masa yang benar-benar menduga barangkali ataupun kekangan idea yang kritis membuatkan ‘picolo mondo’ sunyi. 

muka belakang SENTUHAN
 Whatever it is, kali aku nak berkongsi cerita mengenai “SENTUHAN”. Hasil tulisan Hasanuddin MD. Isa.
Sebuah kisah kehidupan yang lain dari yang lain terutama sekali kehidupan aku sendiri. Banyak isu yang cuba di sampaikan oleh menulis. Isi pendidikan di Negara kita, isu agama, budaya bangsa, bahasa, harta keturunan dan banyak lagi. Namun begitu bagi sesetengah isu, contohnya seperti isu adat pepatih yang bertentangan dengan adat temenggung yang tidak diulas dengan begitu baik. Penulis tidak meletak kan sebarang kedudukan bagi pihak dirinya. Penulis membiar kan pembaca menilai dan meletak kan sendiri dimana pendirian masing- masing mengenai isu ini.
Watak utama kisah ini AFIDAH. Gadis malang yang berusia awal 20-an ini menghadapi konflik agama, budaya serta bangsa dalam dirinya. Nasab keturunan nya juga diragui. Maruah dirinya seolah di injak-injak masyarakat sekeliling. Dirinya seolah barang yang boleh dijual-beli serendah RM 400 sahaja. AFIDAH mula mengenal Tuhan, malaikat, Rasul, Qada’ dan Qadar serta ibu bapanya setelah mengahwini ALIMIN. Seorang pemuda yang digarap penulis dengan memiliki jiwa yang kental, seorang Muslim yang sanggup berkorban demi perjuangan kejalan Allah. Seorang guru muda yang melaksanakan tanggungjawab seorang pendidik dalam erti kata yang sebenar-benarnya. 


Namun begitu sayang sekali, penulis meninggal kan kisah mereka ini dalam pemikiran pembaca untuk penilaian pembaca sendiri. Tiada suatu kepastian yang pasti dalam mengakhirian kisah ini. Mungkin bagi Aidil, pengakhiran sebegini sudah mencukupi. Bagi Ramli Awang Murshid pula, dia akan menyatakan bahawa “mati itu pasti, hidup Insya-Allah”. Bagi diriku, pengakhiran sebegini hanya sesuai untuk genre kehidupan sebegini sahaja. Berikut merupakan sedikit cebisan dari novel “SETUHAN”.



muka depan SENTUHAN
   Afidah koma. Dua jam setelah dibedah, dia masih belum sedarkan diri. Kata doctor, tidak pasti berapa jam lagi Afidah akan sedar. Semua itu bergantung pada kekuatan dirinya melawan ubat bius. Tetapi dalam keadaan dia kekurangan darah, pasti dia akan begitu untuk tempoh dua atau tiga jam lagi.
Alimin berjalan perlahan-lahan di kaki lima masjid hospital. Dia memegang tiang masjid yang menghadap Jalan Doktor Latif, yang juga menghadap ke bangunan wad bersalin.
Ya Allah, adakah ini cubaan terbesarMu padaku yang daif ini. Pada saat ini aku mengharapkan belas kasihMu yang sebenar-benarnya.
Ya Allah….
Engkau sendiri melihat betapa aku korbankan hidup ini untuk membahagiakan insan yang malang itu. Aku korbankan hubungan intimku dengan keluargaku sendiri demi memenuhi masa-masa itu untuk membahagiakan Afidah, insan yang  malang. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui kesungguhan pengorbananku ini.
Ya Allah….
Bertahun-tahun lamanya insane yang malang itu menderita batinnya ditinggalkan oleh kedua-dua orang tuanya. Bertahun-tahun dia mencari hakikat dirinya. Bertahun-tahun dia ingin kembali kepada identitinya. Tetapi dia insane lemah. Dia tidak berdaya membebaskan dirinya daripada belenggu yang serba keliru itu.
Aku merasai sungguh kekurangan dalam kehidupan itu, ya Tuhan. Pada hari-hari awal perkahwinan kami, aku dapati dia kehilangan agamanya, Tuhannya, malaikatnya, Rasul dan nabinya, kitabnya dan pegangan hidupnya. Dia kehilangan segala-galanya dalam kehidupannya. Dengan kudratMu ya Allah, aku, Zali dan Asiah dapat mendorongnya ke jalan agama ini. Hatinya mudah menerima pengajaran. Jiwanya lembut menerima kebenaran agamaMu ini.
Tetapi hidupnya terus dirundung malang. Dia kehilangan kasih bapa. Aku gagal menemukannya dengan bapanya. Dan Engkau sahaja ya Allah yang mengerti kenapa sedemikian takdirnya insan yang malang ini.
Engkau juga yang telah melihat betapa aku berusaha untuk menemukan insan ini dengan ibu kandungnya. Tetapi takdirnya, dia terlebih dahulu mengetahui dia adalah insane yang semalang-malangnya di dalam dunia ini. Dia insan yang senilai dengan harta benda. Dia insanyang boleh dijual-beli.
Ya Tuhan….
Aku tidak dapat mengukur sedalam mana luka di hatinya setelah dia tahu itulah hakikat nilai drinya. Aku tidak dapat membayangkan setebal mana sedih pilu hatinya menerima hakikat sedemikian, sanggup seorang ibu menjual anaknya demi wang. Tapi yang dapat aku rasai, dia berada dalam kesedihan yang teramat. Kesedihan itulah yang mungkin mematahkan semangat untuknya terus manghadapi dunia ini.
Ya Allah….
Berilah kekuatan kepada insan malang itu. Hanya Engkau yang mampu menggerakkan rasa hatinya untuk terus hidup. Aku pasrah. Aku meminta belas ihsanMu. Kuatkanlah semangat isteriku untuk meneruskan kehidupan ini ya Allah.
“Bersabarlah bang…” kedengaran suara Moin mengejutkan lamunan.
Alimin mengesat air jenih yang terjun dari kolam matanya. Dia memandang jauh kearah wad bersalin.




just info to note...ahakz!!!
>>edaran oleh pihak Creative Enterprise sdn bhd 
>>pinjaman dari pihak library UiTM
>>took 2weeks for me to start
>>finish within 5hours only
>>first cetakan pada tahun 2001

No comments:

Post a Comment