Tuesday, April 13, 2010

me@13 APRIL 2010


Hari ni sampai rumah awal, maka sempat lah duduk melepak kat depan tv sekejap sebelum aku menerus kan aktiviti yang tak pernah berhenti sampailah aku menutup mata (tidur-mati)..

Layan cerita ADAMAYA kat TV3 untuk slot Akasia yang bermula pada pukul 06.30 petang. Hari ni cerita tu dah sampai episod 5. Cerita yang OK lor tuk tontonan seisi keluarga pada waktu petang. Jalan cerita yang tak berat sangat, skrip yang sopan and pelakon yang cute..hehe..ia merupakan sebuah kisah romantic comedy actually.

Cerita ni rupa-rupanya adaptasi daripada filem i'm not single keluaran Metrowealth arahan Pierre Andre. But for this telenovela ia diarahkan oleh ------. Pelakon utama tuk cerita seperti dalam gambar kat atas lah...lisa-sein-faizal. Lisa merupakan pelakon yang dikekal dari filem i'm not single, yang lain sume tukar. From my opinion, cerita ADAMAYA adalah lebih baik daripada i'm not single. Banyak faktor yang mempengaruhi contoh nya seperti garapan skrip yang lebih baik serta perjalanan cerita tampak lebih smooth. Mungkin juga disebabkan oleh cerita yang mengambil masa lebih kurang 1jam 45minit sebelum ini dan sekarang menjadi berjam-jam lamanya..

Original sount track (OST) untuk ADAMAYA adalah merupakan OST i'm not single. Sebuah lagu yang mempunyai melody yang ringkas bersama bit yang agak perlahan menjadikan lyric nya sangat mudah untuk dihayati. So let drowning together........=)


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah



to download the song in mp3 format-click here





No comments:

Post a Comment